Anda seorang peniaga bersama shopee ? tapi tak tau cara bahagikan masa ? ini adalah ringkasan mudah cara pantas bisnes dengan shopee secara DROPSHIP !
Walaupun anda terikat dengan waktu tugas dipejabat, jangan jadikan itu alasan kenapa untuk tidak jalankan perniagaan di shopee. Teknik ni bakal menggemukkan poket anda, Gaji Hakiki dapat, Pendapatan Shopee juga berjalan lancar.
1. WAKTU UPLOAD PRODUK ATAU MASUKKAN PRODUK
Dalam sehari, letakkan sasaran berapa produk yang anda ingin masuk dalam shopee. Contoh, katakan nak letak 3 produk. Luangkan sedikit masa untuk berbuat demikian, 30minit misalnya. Sehari 3 Produk, sebulan dah dapat 90 produk. Ini adalah lebih baik berbanding anda letak 90 produk sehari sehinggakan anda sendiri pun keliru.
2. BOOST PRODUK 4 KALI SEHARI
Setiap 4 jam, anda boleh boost 5 Produk dalam shopee. Tekan butang boost sahaja, tak sampai 3 minit. Ambil cara paling simple, setiap kali lepas solat anda boost produk jualan.
3. BALAS CHAT PELANGGAN
Jika ada pelanggan bertanya, respon dengan segera supaya mereka rasa dihargai dan dapat membuat pembelian dengan segera. Setiap kali anda selesai boost produk, curi masa sikit untuk jawab pertanyaan pelanggan. Anda juga boleh buat semasa waktu rehat atau selepas pulang dari kerja.
4. HANTAR TEMPAHAN PADA PELANGGAN
Setiap kali tempahan masuk, anda perlu hantar kepada pelanggan menggunakan servis kurier Poslaju, J&T dan sebagainya. Untuk menjimatkan masa anda, Cari 2 hari dalam seminggu untuk anda khaskan bagi menghantar tempahan. Jika ada tempahan masuk pada hari Isnin dan Selasa, anda bungkus dan pos pada hari rabu. Anda tak perlu pos barang setiap hari, tetapi jika berkesempatan tak menjadi masalah.
KEPUTUSAN DITANGAN ANDA
4 Tips Urus masa bisnes dengan dropship ini perlukan kesungguhan untuk anda praktikkan. Biasakan untuk lakukan 4 tips ni secara konsisten, maka drophip shopee anda akan jadi mudah
Bagi menjimatkan masa anda, kami telah menyediakan panduan untuk memulakan bisnes bersama shopee dengan teknik paling mudah dan terbukti berkesan. Ada lebih 200 produk yang anda boleh jual di shopee. Tak perlu susah-susah untuk buat "research". Segala Rahsia A-Z telah didedahkan disini.
Comments
Post a Comment