Saya yakin dan percaya, ramai dikalangan kita teringin sangat nak berniaga di shopee, tapi keinginan tu sering terbatas sebab dalam kepala korang tu terganggu pening fikir APA NAK JUAL kat shopee tu kan?
Artikel kali ni, saya nak bantu bagi idea 10 PRODUK PANAS TERLARIS DISHOPEE. Kenapa saya letak produk panas? dah ramai jual, kenapa mesti jual lagi? haa.. sebab utama adalah kerana anda mampu menjadi "pesaing" sihat kepada seller lain.. Mesin carian akan bantu pembeli memberi pilihan barangan panas yang ada dalam list shopee untuk memudahkan pembeli membuat keputusan.. disini peranan anda sebagai penjual akan terserlah bila kreativiti "mengayat" pembeli nanti.
Apa yang penting adalah kesungguhan dan niat anda untuk berniaga di shopee, selain untuk menjana pendapatan anda dan keluarga.
10 PRODUK "PANAS" DI SHOPEE - idea Menjual Di Shopee
1. Alatan Kecantikan Wanita
Alatan Kecantikan sememangnya dah ada "regular Customer", anda tak perlu risau mencari pelanggan.
2. Supplement atau Makanan Tambahan Kesihatan
Makanan tambahan atau supplement pada harini sangat penting demi menjaga kestabilan kesihatan tubuh badan. Harga produk juga berbeza maka buat pilihan yang tepat.
3. Tudung Muslimah
Produk ni memang tak pernah merugikan peniaga, malah pembelinya memiliki kuasa ajaib yang dikatakan setiap bulan malah setiap minggu akan membelinya.
4. Gadget
Gadget harini merupakan antara alatan yang laku keras di shopee dan lazada, kalau nak menjual produk ini, anda perlu ada modal yang besar supaya dapat membeli secara borong dan menjual dengan harga yang lebih rendah !
5. Barangan Bayi
Niche ni memang tak asing bagi ibu-ibu yang bakal atau telah melahirkan anak, produk ni kebiasaanya mudah "kawtim", ibu-ibu jarang berkira untuk anak mereka. satu kelebihan untuk peniaga.
6. Educational Toys
Salah satu produk yang mudah dicari dan dibeli kerana kebanyakan ibu bapa "malas" nak cari prdoduk ini dipasaran luar. Peniaga yang lebih mudah menjual produk ini kerana selain membantu perkembangan anak-anak ia juga memudahkan ibu bapa memilih produk.
7. Barangan Keperluan Rumah
Ok, Ni memang Trending. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas, kita sebagai pengguna tidak digalakkan keluar membeli barang keperluan rumah. Bagi mengelakkan dari keluar rumah dan penyebaran virus covid19 pengguna lebih memilih untuk "Shopping online". Tak salah untuk mencuba niche produk ni.
8. Handbag
Wanita dan handbag memang tak boleh dipisahkan, malah ia juga menjadi produk pilihan utama untuk "hantaran" perkahwinan. Handbag juga boleh menjual secara dropship kerana lebih mudah dan tak memerlukan modal yang besar. jika fokus anda adalah handbag peluang anda juga besar.
9. Pakaian Kanak-Kanak
Menjual produk kanak-kanak mempunyai kelebihan dan pengaruhnya tersendiri. Bersesuaian dengan New Normal, ibu bapa lebih cenderung untuk membeli pakaian anak secara online shopping.
10. Alatan Berkebun
Alatan berkebun dan home improvement mempunyai pelanggan setia. Ramai rakyat Malaysia sama ada dibandar atau dikampung yang mempunyai kebun dan merupakan satu aktiviti masa lapang. Anda boleh cuba untuk menjual produk ini dan lihat hasilnya.
BAGAIMANA NAK MULA BISNES?
Ini adalah senarai beberapa produk yang "laris" berdasarkan platform shopee dan harap ianya membantu anda untuk membuat pilihan produk. Nak mula tak susah, banyak informasi yang boleh didapati di laman web.
Untuk pengetahuan anda, Platform shopee juga menyediakan ruang untuk program "DROPSHIP". ini bersesuaian pada mereka yang belum atau kurang modal untuk berniaga. Dropship juga mudah dan menguntungkan kepada penjual.
Bagi anda yang ini dapatkan informasi berkenaan perniagaan dan program dropship di shopee, sila dapatkan DISINI dari perkongsian dan pengalaman Bro John Jenin ini. Ini adalah panduan Step By Step, A-Z Lengkap dari Cara buka kedai sehingga tips untuk anda capai 4 Angka Untung Jualan seminggu ! ini adalah panduan 100% Recommended dan Trusted untuk anda baca dan fahami sebelum mula !
Comments
Post a Comment