5 Cara Mudah Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Bisnes
Bakeri
Anda bercita-cita nak buka bisnes bakeri sendiri? Tapi, tak pandai bab buat roti, kek atau pastri?
Jangan risau, dalam artikel ini saya akan kongsikan cara mudah jana pendapatan dari rumah dengan bisnes bakeri walaupun anda sendiri tak pandai nak baking.
Sebelum tu jom kita tengok adakah bisnes bakeri ini
terbaik untuk anda mulakan.
Kenapa Bisnes Bakeri Menjadi Pilihan?
Seperti yang kita sedia maklum, bisnes makanan sentiasa
mendapat permintaan. Sebab semua orang perlu makan untuk hidup.
Tambahan lagi jika suatu jenis makanan tu sedap. Memang akan dapat belian ulangan dari pelanggan. Pendek kata, bisnes makanan memang mudah nak dapat belian ulangan.
Untuk mulakan bisnes bakeri anda tak perlu modal yang besar. Bisnes ni pun boleh dimulakan dari dapur rumah anda. Dan lagi satu, nak belajar baking pun tak susah di zaman sekarang. Youtube kan ada, percuma je!
Tapi, kalau anda rasa kurang faham dan tak yakin menjadi ke tak resipi di Youtube tu, saya sarankan untuk anda masuk kelas. Boleh terus tanya jika tak faham.
Saya pun ada kongsi pelbagai resepi di Telegram, FREE Jer.. Silakan join channel Dapur Bakeri.
Jadi, apa cara mudah jana pendapatan dari rumah dengan bisnes bakeri?
Bila sebut dari rumah tentulah kita ni susah nak keluar
rumah selalu. Dengan nak urus anak-anak, jadi bisnes bakeri yang bermula dari
dapur rumah adalah sangat praktikal jika anda surirumah.
5 Cara Mudah Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Bisnes Bakeri. (Nombor 5 Tu Yang Best)
1. Jualan kepada orang terdekat
Siapa orang terdekat kita? Jiran tetangga dan saudara mara. Biasanya kita ada group whatsapp setempat kan? Seperti group taman, geng surau, pakatan wanita.
Anda boleh iklankan bisnes bakeri anda kepada mereka. Bisnes bakeri ni tak perlu terlalu menjual. Orang tengok gambar roti atau kek yang anda jual dah cukup bagi mereka buat pembelian.
Bagi permulaan, ambil tempahan dulu. Bila dah ada tempahan baru buat. Tidaklah berlaku kerugian jika roti atau kek yang anda buat tak habis.
Maklumlah, makanan kan cepat rosak dan tak boleh disimpan
lama. Pelanggan sendiri semestinya sukakan roti yang fresh dari oven.
2. Gantung banner di depan rumah
Teknik pemasaran secara offline ini masih lagi relevan bagi bisnes bakeri. Sebabnya mereka yang lalu depan rumah anda dan teringin nak makan makanan yang anda jual mereka boleh terus hubungi anda bila nampak banner.
Cuma pastikan gambar di banner nampak menarik dan jelas.
Gambar yang menarik boleh buatkan orang terus jadi lapar. Letakkan juga nombor
untuk dihubungi. Tak perlu pelanggan nak ketuk pintu rumah untuk buat tempahan.
3.Media sosial
Teknik pemasaran secara online amat membantu untuk jana pendapatan dari rumah. Anda boleh gunakan Instagram, Facebook profile, Facebook Marketplace atau Facebook Group.
Iklankan bisnes bakeri anda di Facebook Marketplace atau Facebook Group kawasan setempat. Contohnya, Group Putrajaya, Bangi, Cyberjaya. Cari group kawasan yang anda boleh cover. Jangan pula anda tinggal di Putrajaya tapi iklan di kawasan Kemaman. Orang nak beli pun tak jadi sebab jauh sangat.
Anda boleh tawarkan pelanggan untuk ambil sendiri tempahan atau anda buat penghantaran. Itupun terpulang pada anda jika anda nak tawarkan penghantaran ke rumah pelanggan dengan sedikit caj.
Bagi
Facebook Profile dan Instagram, jangan terlalu kerap iklan tentang bisnes anda.
Ini media social. Orang tak nak follow anda jika terlalu kerap menjual. Selang
selikan dengan update tentang diri sendiri, resipi, ataupun tips.
4. Jualan kepada kawan di tempat kerja
Jika
anda bekerja, anda boleh jual kek, roti kepada rakan sepejabat. Ambil tempahan
terlebih dahulu dan siapkan keesokan harinya.
Orang pejabat ni suka beli makanan sebab mereka tak banyak pilihan. Dan biasanya makanan yang dijual di cafe pejabat agak mahal. Jadi bila ada makanan lain seperti roti dan pastri memang laku keras.
Macam
mana kalau anda tak bekerja? Tentu suami anda bekerja kan? Jadi, minta tolong
suami untuk jual kepada rakan tempat kerjanya. Kalau dia malu, minta dia letak
saja roti itu di kawasan rehat di pejabatnya. Tentu ada yang bertanya nanti.
5. Melantik ejen
Ini fasa yang agak advance. Bila bisnes bakeri anda dah semakin berkembang, anda boleh mula melantik ejen. Berikan komisen pada mereka yang buat jualan.
Pada permulaan, ajak kawan atau jiran anda untuk jadi ejen. Apa yang penting rasa makanan buatan anda pastikan masih sama dan sedap. Orang dengan sendirinya akan tolong mempromosikan bisnes anda. Lama kelamaan ejen anda akan bertambah.
Jika
anda dah ada ejen, siap sedia untuk mencari pekerja kerana permintaan tentunya
akan bertambah. Anda takkan larat nak buat semuanya seorang.
Bagaimana Jika Tak Pandai Baking?
Semua
orang bermula dengan tak pandai. Tapi mereka rajin menuntut ilmu. Jika anda nak
belajar cara buat Kek Fresh Cream / Kek Fondant / PopSicle Donut atau nak
belajar teknik Melukis atas kek (Hand Painted) dan macam-macam teknik ada yang anda boleh join Telegram
disini. Belajar buat kek, dah pandai nanti boleh jual. Berbaloi-baloi !
Cara
lain anda boleh cari orang yang pandai buat kek, roti dan minta mereka buat
untuk anda. Kemudian anda jual semula pada harga yang lebih tinggi. Tugas anda
hanya mencari pelanggan.
Akhir Kata
Anda
dah tau 5 cara jana pendapatan dari rumah dengan bisnes bakeri. Jika anda nak
tau selok belok tentang bisnes bakeri, anda boleh baca di sini.
Dari cara nak buka bisnes bakeri, kiraan kos, penetapan harga, teknik promosi,
do & don’t dalam bisnes bakeri semuanya didedahkan. Bila ilmu penuh di
dada, anda akan mulai yakin untuk bertindak. Semoga Berjaya!
Comments
Post a Comment